Thursday, August 6, 2009

keratan sinar harian perak

MANONG – “Saya risaukan anak saya, kerana dia seorang yang agak lemah”.

Itu luahan seorang bapa, Hassim Abdullah, 48, sebaik sahaja mendapat berita tentang kehilangan anaknya, Siti Nur Aishah Hassim, 19, sewaktu menjalani latihan Biro tata Negara (BTN) bertempat di pusat rekreasi Guar, di sini.

Hassim menyifatkan anak kedua daripada 12 beradik itu sebagai seorang yang penyayang dan lemah lembut.

“Dia agak lemah lembut dan penyayang serta mudah mengeluarkan air mata jika berdepan sesuatu masalah.

“Dia juga jarang mengikuti aktiviti seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, dia bersama abangnya bergegas ke lokasi kejadian setelah dimaklumkan kira-kira jam 5.00 petang, kelmarin.

“Insya-Allah, anak saya akan ditemui dan saya hanya mampu berdoa serta solat hajat supaya dia selamat,” katanya.

Hassim berkata, sebelum mengikuti latihan ketahanan diri tersebut, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau kelakuan pelik.

“Sebelum dia datang ke sini, saya menemuinya di kolej tetapi tiada sebarang petanda atau kelakuan pelik yang ditunjukkannya,” katanya.

Mangsa adalah pelajar jurusan kejururawatan dari Kolej Universiti Teknologi antarabangsa (TwinTech), Institut Bahasa Lembah Pantai, Damansara dilaporkan hilang kira-kira jam 2.30 pagi, kelmarin sewaktu menjalani latihan BTN di Pusat Rekreasi Guar, Manong, di sini.

Mangsa dipercayai hilang sewaktu menjalani satu slot latihan yang memerlukan peserta dilepaskan secara solo selama satu minit di kawasan Padang Ragut, pusat rekreasi terbabit.

Ketua Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, Abdul Gaffar Mohamad, berkata, pada 29 Julai lalu, mangsa yang menetap di Selangor bersama 80 peserta lain dan diiringi 15 pengiring memasuki kawasan tersebut untuk menjalani latihan selama lima hari.

Menurutnya, peserta termasuk mangsa dihendaki berjalan dalam gelap kira-kira 200 meter dari jarak pusat tersebut.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 3.00 pagi didapati seorang peserta tidak sampai ke tempat yang sepatutnya dituju,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu latihan, mangsa memakai baju berwarna merah, berseluar putih dan bertudung hitam.

“Mengikut laporan, mangsa berkulit cerah dan mempunyai tanda lahir hitam di sebelah kiri mata,” katanya.

Gaffar berkata, operasi mencari dilakukan oleh penduduk kampung kira-kira jam 7.00 pagi pada hari kejadian dan pihak polis, Ikatan Relawan Malaysia (Rela) serta bomba memulakan gerakan pada jam 3.15 petang.

“Selepas mangsa gagal ditemui, pihak latihan memaklumkan kepada Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung dan mereka memulakan operasi mencari.

“Kemudian mereka memaklumkan kepada kami dan kira-kira jam 3.15 petang gerakan mencari yang disertai oleh Polis, Rela dan bomba dijalankan tetapi usaha tersebut tetap tidak berhasil,” katanya.

Katanya, semalam unit pengesan bomba bersama tiga ekor anjing dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia dari Kuala Lumpur ditambah bagi membantu operasi mencari,” katanya.

Menurutnya, beliau turut meminta kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau menjumpai mangsa supaya menghubungi IPD Kuala Kangsar di talian 05-....

Pegawai Rela Kuala Kangsar, Zulkifli Daud berkata, seramai 27 anggota Rela dikerahkan untuk bersama pihak berkuasa dalam operasi mencari.

“Setelah mendapat maklumat, kami terus ke lokasi untuk mencari namun, sehingga sekarang mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari akan diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Datuk Ramly Zahari, turut ke lokasi kejadian untuk memberi sokongan kepada pihak berkuasa dan penduduk kampung dalam operasi mencari mangsa.

Ramly berkata, sejak pusat rekreasi itu beroperasi pada 1979, kehilangan Nor Aishah adalah kes pertama yang berlaku di kawasan itu.

Menurutnya, kes itu juga diharapkan tidak dijadikan sebagai spekulasi oleh pihak tertentu dan mendatangkan persepsi negatif.

“Sungai di kawasan ini pernah terpilih sebagai tempat pertama menerusi pertandingan Cintailah Sungai Kita di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Ia juga membantu penduduk sekitar mendapatkan pekerjaan dan menambah punca pendapatan keluarga,” katanya.

Katanya, beliau akan bersama pihak berkuasa dan penduduk akan memberi sokongan padu dalam operasi mencari sehingga mangsa berjaya ditemui.

“Walaupun dia bukan penduduk di sini tetapi kejadian berlaku di kawasan ini dan kita memang mengambil berat mengenai hal ini.

“Penglibatan orang kampung di sini yang membantu pihak berkuasa cukup kuat dan saya perlu memberi sokongan padu kepada mereka,” katanya.

Kira-kira 118 orang menyertai operasi gerakan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada pihak berkuasa, sukarelawan, agensi kerajaan dan orang ramai.

Antara pasukan yang terlibat adalah PDRM termasuk unit udara seramai 20 anggota, bomba 18 anggota, Rela seramai 29 anggota, Jabatan hutan 12 anggota, kira-kira 30 penduduk, Pejabat kesihatan seramai tiga kakitanga

No comments:

Post a Comment